Monday, August 31, 2009

SEHARI TANPA ALLAH

Hidup ini terasa seperti di awangan....sentiasa rase gundah gulane tanpa sebab..sepertinya tiada tujuan yg nyata didalam hidup..malu hilang sama sekali..sifat ego dan pentingkan diri meluap2..dan
sifat rakus kepada kebendaan...

Setiap perasaan ini amat2 biasa dilalui hampir kebanyakan dari kite...,
Apakah tindakan yang akan diambil kite bile melalui situasi begini??
hampir sahaja kebanyakan dari kita memilih untuk melupakan ataupun mengalih perhatian kepada perkara yang lain...

berapa lama sangatkah yang kita mampu untuk buat-buat tak tahu??

Tahukah kite...kerana tidak meletakkan ALLAH dihati...semuanya seperti batu..keras membisu tanpa kata..

wahai saudara-saudaraku..dimanakah ALLAH bagi kita??
adakah hanya satu simbol,istilah,ungkapan??
atau TUHAN YANG WUJUD??

yakinlah dengan sebenar-benar yakin akan kewujudanNYA..
kerana disitu teletak asas keimananmu..
berkata2lah denganNYA di dalam hatimu..
hadirkanlah dengan perasaan kewujudanNYA di sisimu..
Ingatilah padaNYA seperti kalian mengingati kekasih hati..
Fikirkanlah kasihsayangNya padamu..
nescaya hati kita semua akan tenang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang...

ingatlah..jika sedetik,sesaat,seminit,sejam mahupun sehari...ALLAH meninggalkanmu menguruskan kehidupan ini sendirian...
nescaya...binasalah diri kerana tidak mampu untuk mengangkat walaupun jari sendiri...

Betapa kasihNYA pada kita semua sehinggakan..
jika kita dekat padaNYA sejengkal...10 kali DIA dekat kepada kita..
sempena ramadhan yang mulia ini..
ayuh marilah kita semua banyakkan muhasabah diri...
fikirkanlah kembali...

adakah dalam sehari-hari hidup kita ini..
kita lalui bersamaNYA..
akal kita...
hati kita..
jasad kita...
mengadap pada NYA..
24jam sehari,60minit sejam,60 saat seminit dan sehinggakan sedetik...
adakah kita lalui bersamaNYA..
wallahualam... n_n

SuMbEr : kitabngeri.blogspot

2 comments:

MrS dOdOt_ShyG said...

salam perkenalan dari sy..
sy baru bt blog..
sudi-sudi la kamu lawat ke blog sy..
thanks..

Muhammad FiKri said...

mgape awk pnye blog xleh view?